• Home

Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Madrasah Hassan Al-Banna Siri 2

August 1, 2009 by ismapjinfo

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi

Setiap pendidikan disesuaikan sistemnya dengan tujuan yang hendak dicapai, sehingga dalam pemeliharaan haiwan peliharaan, sapi perahan untuk mendapatkan susu berbeza dengan pemeliharaan sapi untuk memperoleh daging, begitu pula berbeza dengan pemeliharaan sapi untuk keperluan membajak tanah.

Begitu pula manusia dan pendidikan.

Pendidikan manusia individualistic berbeza dengan pendidikan manusia komunis, keduanya berbeza dengan pendidikan manusia kapitalis dan semuanya berbeza dengan pendidikan manusia muslim. Pendidikan Muslim yang bersifat tradisional berbeza dengan pendidikan muslim yang kreatif (ijabi) . . . Pendidikan muslim dalam masyarakat yang diatur oleh Al Qur-an dan di dalamnya ajaran-ajaran Islam diamalkan secara majoriti, berbeza dengan pendidikan muslim dalam masyarakat yang di dalamnya idea jahiliyah dan idea Islam saling bertarung, begitu pula kekafiran dan keimanan, keingkaran dan ketaatan saling berebut pengaruh di dalamnya.

Memang, pendidikan muslim yang memandang cukup mengambil dari Islam ibadahnya saja seperti salat, puasa, zikir dan doa sedang apabila dikemukakan kepadanya keadaan Islam dan kaum muslimin maka ia hanya sanggup mengatakan: apa daya kita sudah demikian ketentuan Tuhan, tidaklah sama dengan pendidikan muslim yang dadanya bergejolak kerana ghairah terhadap Islam bagai gejolak air mendidih di atas tungku dan hatinya lebur kerana prihatin terhadap keadaan kaum muslimin bagai leburnya garam di dalam air, kemudian keprihatinan dan keghairahan itu menjelma menjadi kekuatan yang mendorongnya berusaha mengadakan perubahan dan perbaikan.

Inilah muslim yang dicita-citakan,

Yang tidak menyerah pada kenyataan bahkan bekerja dan berusaha merubahnya sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Dia tidak mencari-cari alasan dengan dalih qadha dan qadar dan takdirNya yang tidak bisa ditolak. Dia adalah muslim yang bekerja untuk menegakkan agama, membangun umat dan menghidupkan kebudayaan dan peradaban.

 “Itulah suatu risalah yang jangkauan waktunya sampai ke akhir zaman, jangkauan ruangnya meliputi seluruh umat manusia dan jangkauan kedalamannya mencakup segala urusan dunia dan akhirat.”

Itulah umat yang telah diistimewakan Allah dengan mengurniakan kepadanya sebaik-baik Kitab yang diturunkanNya (Al Qur-an) dan sebesar-besar Nabi yang diutusNya (Muhammad SAW). Allah telah melahirkannya sebagai umat terbaik bagi manusia, menjadikannya umat pertengahan dalam segala hal dan menjadikannya umat yang patut menjadi guru dan saksi atas kebenaran Islam terhadap manusia seluruhnya. Itulah kebudayaan yang berdasarkan Ketuhanan, manusiawi, universal dan bermoral, yang mempersatukan ilmu dengan iman, kebendaan dengan ruh, memperhatikan keseimbangan antara dunia dan akhirat dan memelihara harakat dan kemuliaan manusia.

Pendidikan Ikhwanul Muslimin

Pendidikan muslim seperti inilah yang menjadi tujuan pertama bagi gerakan Ikhwanul Muslimin, kerana itulah satu-satunya dasar perubahan serta tumpuan kebaikan dan perbaikan. Tidak ada cita-cita untuk memulai kehidupan Islam yang baru atau mendirikan ini negara Islam atau menyesuaikan undangundang Islam dengan undang-undang lainnya.

Pendidikan Islam menurut pengertian Ikhwanul Muslimin dan penerapannya mempunyai ciri-ciri khas yang menonjol, yang terpenting ialah :

1. Tekanan pada segi Ketuhanan,

2. Sempurna dan lengkap,

3. Keserasian dan keseimbangan,

4. Bersifat kreatif dan membina,

5. Persaudaraan dan kesetiakawanan.

6. Beridentiti dan berdikari.

Di sini kami akan berusaha membicarakan masing-masing ciri itu secara khusus sejauh tempat mengizinkan dan kepada Allah kami mohonkan taufikNya.

Posted in Al-Banna, Dakwah, Fikrah | No Comments Yet

  • Blogroll

    • ISMAPJ
    • ISMAPJ Wanita
  • Info Centre

    • ADMIN
    • EMAIL
  • Recent Posts

    • Ta’awun, Tanaashur & Taraahum
    • Madrasah Hassan al-Banna Siri 3
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 2
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 1
    • Umat Yang Satu Dalam Madrasah Ramadhan
    • Agenda Harian Di Bulan Ramadhan
    • Madrasah Hassan Al-Banna Siri 2
    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (3)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (34)
    • Fikrah (38)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (9)
    • Tazkirah (5)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.