• Home

Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam

May 23, 2009 by ismapjinfo

Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib

Isu unsur-unsur tetap ini adalah perkara yang telah diputuskan semenjak turunnya al-Quran. Agama, aqidah, ibadah, neraca, kefahaman dan nilai-nilai akhlak semuanya merupakan unsur yang tetap tidak berubah. Teori musuh Islam yang berpendapat bahawa setiap sesuatu mesti menerima perubahan ialah pendapat yang bertentangan dengan tabiat alam dan sunnatullah di atas muka bumi. Beberapa unsur tetap dalam dakwah Ikhwan Muslimin, yang juga merupakan dakwah Islam yang syumul diwahyukan oleh Allah.

1-Undang-undang unsur tetap dan berubah.

Unsur tetap ialah rangka, manakala unsur berubah yang berlaku dalam rangka tersebut. Dalam Asas yang satu, bentuknya berbagai-bagai. merupakan kaedah umum. Alam ini pada umumya tidak berubah. Tetapi terdapat gerakan yang berterusan di dalamnya seperti pertukaran siang dan malam, bulan dan matahari, musim sejuk dan panas. Manusia juga pada keseluruhannya tetap, tidak berubah. Susuk tubuhnya, suara dan paras rupa tetap tidak berubah. Tetapi riak dan roman wajahnya yang berubah-ubah seperti bertukarnya nada suara.”"Falsafah hidup barat berasaskan konsep menerima sains dan menolak agama. Barat juga hanya menerima perkara yang boleh ditanggap oleh pancaindera semata-mata lalu mereka menafikan perkara ghaib. Setiap neraca dan nilai bersumberkan pancaindera manusia semata-mata. Cara gaya hidup yang diterima adalah yang berasaskan sekularisme. Oleh itu mereka hanya melihat hakikat kehidupan ini daripada satu sudut semata-mata. Mereka tidak dapat menerima kehadiran nilai ruh dan agama. Di sisi mereka antara kedua-dua unsur material dan ruh, sains dan agama tidak boleh dicampur adukkan atau digabung jalin. Sedangkan syariah Islam membawa kesemuanya itu dalam bentuk yang sempurna dan seimbang”.

 2-Muslimun dan kehidupan

Orang-orang Islam terdahulu telah mencapa kemajuan sains dan teknologi dalam bidang-bidang perubatan, maritim, pembuatan, kimia dan sebagainya . Kemajuan ini dicapai bersama nilai ruh agama yang suci, yang mengangkat kedudukan manusia kepada tahap yang mulia. Mereka beriltizam dengan ubudiah hanya kepada Allah, nilai-nilai akhlak yang tinggi dan keimanan kepada perkara-perkara ghaib, kebangkitan dan pembalasan. Kemudian datang barat yang hanya menitik beratkan sudut kebendaan semata-mata, yang mana tamadun yang mereka bina terlalu jauh daripada unsur-unsur alam ruh dan ghaib juga kebangkitan yang sudah pastinya akan berlaku krisis nilai kemanusiaan -yang mana manusia dijadikan daripada gabungan tanah dan ruh-. Kesan daripada penyelewengan ini, ianya merupakan titik permulaan kepada krisis konflik diri dan keruntuhan nilai ruhani. Yang membawa kepada kehancuran tamadun kebendaan.

 3-Islam ialah nilai yang hidup dan tamadun yang agung.

Islam merupakan pendorong jiwa yang kuat membantu manusia mendepani ujian kehidupan. Ia juga merupakan faktor keseimbangan dan kesempurnaan seseorang insan. Nilai akhlaknya tonggak kemajuan manusia sebagai khalifah dan kemakmuran muka bumi ini. “Nilai dalam Islam ada yang tetap dan ada yang berubah. Nilai yang tetap tidak boleh berubah dengan bertukarnya suasana, tempat dan zaman kerana hubungannya kuat dengan kejadian manusia yang terdiri dari ruh dan jasad, jisim dan jiwa. Nilai tetap ini berhubung dengan aqidah dan akhlak, yang kedua-duanya tegak di atas asas kemanusiaan semata-mata, tonggaknya kasih sayang, ukhuwah dan rahmat.” – Petanda Islam. Nilai yang berubah pula berbeza-beza berdasarkan perubahan masa, tempat, suasana dan tuntutan sosial. Dalam hal ini Islam jelas memberi perhatian kepada nilai-nilai kemanusiaan. Oleh sebab itu Islam mengizinkan perkahwinan, makan minum, perhiasan dan kemajuan. Dalam pada itu Islam menggariskan beberapa panduan bagi nilai kemasyarakatan seperti kesederhanaan, tidak membazir atau keterlaluan. Pendek kata Islam mengakui keperluan jasad dan jiwa manusia. Islam tidak menganggap perkara kebendaan sebagai suatu yang makruh atau dibenci atau dinafikan. Islam tidak menegah perubahan pada nilai-nilai kecil yang bersangkutan dengan suasana dan masa yang tidak menyentuh nilai-nilai yang agung yang tetap atau melanggarinya.

 4. Asas nilai-nilai dalam Islam.

Tauhid, taqwa, iman, kehormatan manusia, kebebasan, ilmu dan amal. Islam mengajak perdamaian antara kaum, persefahaman dan persaudaraan antara manusia. Islam menyeimbangkan antara kebendaan dan ruh. Jika barat hanya mengakui nilai dan neraca yang menepati kehendak dan kemahuannya, Islam pula mengakui dan menerima pakai nilai dan neraca yang bertepatan dengan perintah dan kehendak

 Allah s.w.t. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dun perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat). Dan mereka yang menjaga kehormatan. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (Al Mukminun; 1-9). Ayat di atas mengemukakan susunan tahap nilai-nilai dalam Islam, mendahulukan solat, meninggalkan perbuatan sia-sia, menunaikan zakat, memelihara kemaluan  dan maruah, menjaga amanah dan perjanjian, dan menunaikan solat pada waktunya.

 5. Sesungguhnya nilai-nilai Islam yang agung tetap selama-amanya.

Ia tidak berubah dengan berubahnya masa. Yang berubah ialah ideologi-ideologi ciptaan manusia. Sebaliknya risalah langit mengajak manusia berubah dan maju sehingga mencapai tahap ketinggian dan kemuliaannya. Oleh kerana itu segala yang boleh merosakkan dan menjatuhkan martabat manusia diharamkan Islam. Islam mengharamkan riba, zina, arak, judi, bangkai, daging babi, pembunuhan dan perkosaan maruah. Rasulullah s.a.w. bersabda “Darah, harta dan maruah seorang muslim adalah haram bagi muslim yang lain”.

Ini merupakan penghormatan, peningkatan taraf manusia dari alam haiwan dan memelihara mereka daripada kehancuran. Sesungguhnya Islam bersikap terbuka   perubahan yang berlaku berdasarkan perubahan suasana dan masa. Islam tidak menyanggahnya. Apabila dikatakan bahawa masyarakat perindustrian berbeza kelakuannya berbanding masyarakat petani, tidak bermakna kebebasan tanpa akhlak, menghalalkan riba, menganggap zina suatu perkara yang munasabah, kebebasan pergaulan, melanggar hudud yang telah ditetapkan oleh Islam atau mencuaikan kefardhuan dan ibadat. Tetapi perubahan yang dimaksudkan adalah yang tidak bertentangan dengan Islam seperti gaya hidup, susunan penempatan, teknologi pembuatan makanan, pengangkutan dan pertukaran maslahat.

Kesemuanya itu termasuk di dalam rangka umum yang berhubung dengan Ia tidak berubah dengan berubahnya masa. Yang berubah ialah ideologi-ideologi ciptaan manusia. Sebaliknya risalah langit mengajak manusia berubah dan maju sehingga mencapai tahap ketinggian dan kemuliaannya. Oleh kerana itu segala yang boleh merosakkan dan menjatuhkan martabat manusia diharamkan Islam. Islam mengharamkan riba, zina, arak, judi, bangkai, daging babi, pembunuhan dan perkosaan maruah. Rasulullah s.a.w. bersabda. peraturan muamalat, hubungan antara lelaki dan wanita, dan perkara halal dan haram.

 6. Usaha berterusan

Sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk mempengaruhi umat Islam supaya mengambil falsafah dan cara hidup berasaskan sekularisme, kebebasan mutlak, menolak ketuhanan dan kebendaan yang mereka anuti. Mereka bukan sahaja tidak menerima gandingan akal dan wahyu, bahkan sentiasa mengajak untuk melakukan perubahan dalam segala sesuatu. Pada mereka agama bertentangan dengan teori perubahan. Maka berlakulah persengketaan yang hebat. Akhirnya agama dipisahkan daripada kehidupan, daripada politik, ekonomi, seni dan sains.

Agama hanya tinggal sebagai kecenderungan peribadi atau beberapa nasihat berhubung kehidupan peribadi. Kehidupan keseluruhannya ditentukan oleh nilai dan neraca yang tidak ada hubungan dengan agama. Mereka berusaha bersungguh-sungguh agar fahaman mereka ini turut didokongi oleh umat Islam. Usaha mereka tidak akan berakhir melainkan umat Islam kembali kepada kefahaman Islam yang sebenar seperti mana diturunkan oleh Allah s.w.t. dalam bentuknya yang syumul, sempurna dan merangkumi urusan agama dan dunia. Kemudian mereka membawanya kepada dunia selepas melaksanakannya dalam diri mereka.

 7. Pandangan pendukung dakwah

Di sisi Islam situasinya berbeza seperti yang telah dijelaskan. Islam menerima kewujudan naluri kemanusiaan yang memiliki tuntutan jiwa dan jasad. Islam tidak mengongkong naluri tersebut, bahkan memberikan kebebasan berpandukan garis panduan syarak, sistem dan batasan-batasan yang telah ditentukan. Islam tidak perlu menyahut mana-mana seruan ideologi lain kerana semuanya beracun belaka. Umat Islam mendapati logik barat yang asing itu amat lemah berbanding dengan Islam yang syumul dan agung yang merangkumi aspek kebendaan dan ruh, akal dan hati, dunia dan akhirat. Logik para pendakwah ialah kita mengambil dari barat segala yang baik berdasarkan ajaran Islam dan menolak segala yang bertentangan dengan fahaman tauhid, nilai tetap dan akhlak, sebagaimana kita menolak fahaman tabii yang menggantikan Allah s.w.t, Juga kita menolak fahaman kemasyarakatan dan kemanusiaan yang bertentangan dengan fahaman tauhid yang mana fahaman tersebut tegak di atas asas kebendaan dan keberhalaan.

Sesungguhnya mereka yang beranggapan bahawa kemahuan mereka dapat dicapai dengan meniru segala yang datang dari barat, sebenarnya tertipu. Masyarakat Islam tidak akan terbentuk dan tidak akan mampu berdikari melalui kemajuan kebendaan semata-mata. Manhaj Allah mesti

dilaksanakan, keimanan dan akhlak mesti dipertegaskan. peperangan ini berlaku antara tentera Mesir dan Israel pada 6 Oktober 1971. Akhirnya Mesir berjaya membebaskan kembali tanah miliknya, Semenanjung Sinai yang telah ditawan oleh tentera Israel). Kemenangan pada hari itu tidak dicapai melainkan kerana faktor iman yang merupakan pendorong dan penggerak, bahkan iman adalah kehidupan. Inilah sebenarnya pertarungan yang berlaku sekarang. Semenjak serangan Perancis dan penjajahan barat di bumi umat Islam, kemahuan mereka hanyalah satu iaitu menjauhkan umat Islam daripada risalah mereka, memisahkan agama daripada kehidupan mereka dan membuang kefahaman Islam yang sahih daripada tasawur mereka.

 8. Peranan harakah Islam.

Kini harakah Islam berusaha untuk membawa umat Islam kembali kepada kefahaman Islam yang sahih, pembetulan hala tuju dan penegakan  manhaj Allah. Ia menggariskan unsur-unsur yang tetap dan unsur-unsur yang berubah sehingga Islam kembali sebagai manhaj kehidupan dan sistem masyarakat. Harakah Islam telah melahirkan generasi teras  yang beriman dalam usaha membina kembali masyarakat Islam yang gemilang. Sesungguhnya hakikat pandangan barat terhadap Islam dan hubungan antara Islam dan barat   perlu jelas di fikiran. Begitu juga pandangan barat terhadap unsur-unsur tetap dan bagaimana Islam menangani kedua-dua unsur tersebut, di samping usaha harakah untuk mewujudkan semula kehidupan Islam di atas asas yang sahih dan sejahtera.

Posted in Dakwah, Fikrah | No Comments Yet

  • Blogroll

    • ISMAPJ
    • ISMAPJ Wanita
  • Info Centre

    • ADMIN
    • EMAIL
  • Recent Posts

    • Ta’awun, Tanaashur & Taraahum
    • Madrasah Hassan al-Banna Siri 3
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 2
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 1
    • Umat Yang Satu Dalam Madrasah Ramadhan
    • Agenda Harian Di Bulan Ramadhan
    • Madrasah Hassan Al-Banna Siri 2
    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (3)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (34)
    • Fikrah (38)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (9)
    • Tazkirah (5)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.