• Home

Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Rabbani Dalam Dakwah

April 11, 2009 by ismapjinfo

 

Allah swt berfirman: “Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutku, mengajak (kamu) kepada Allah atas hujah (basirah) yang nyata, Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk dalam orang-orang yang musyrik”(Yusuf:108)

 

Ayat ini mengajar beberapa prinsip dalam kerja dakwah iaitu:

 

1-Dakwah ini bersumberkan dari Allah (minallahi)

Ini dapat dilihat dari perkataan ‘katakanlah’yang memberi maksud bahawa Rasulullah saw menerima perintah dari Allah dan juga perkataan ‘jalan (agama)ku’yang menunjukkan bahawa dakwah harus berjalan atas panduan agama Islam.

 

2-Dakwah ini menyeru kepada Allah (illahi)

Ini dapat dilihat dari perkataan ‘mengajak kepada Allah..’yang memberi maksud dakwah ini menyeru (ubudiyyah ) kepada Allah bukan kepada pengangungan individu atau organisasi. Seruan kita ialah kepada Islam dahulu sebelum yang lain.

 

3-Dakwah ini dilakukan hanya kerana Allah (lillahi)

Ini dapat dilihat dari firman “Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk dalam orang-orang musyrik”. Sesungguhnya melakukan dakwah atas niat selain dari mencari keredaan Allah adalah syirik yang tersembunyi.  

 

Atas dasar inilah kita katakan bahawa usaha kita sebagai perjuangan rabbani yang mencakupi minallahi, illahi dan lillahi. Bukan yang lain.

                                                       

Tambahan daripada itu, beberapa prinsip lain dalam kerja dakwah yang dapat diambil dari ayat ini ialah:

 

4-Dakwah ini perlu dilakukan secara kolektif (jamaie)

Ini dapat dilihat dari firmanya ‘’aku dan orang-orang yang mengikutiku’. Dakwah hendaklah dilakukan secara amal jamae agar hati-hati pendakwah yang faham dan beriman atas prinsip ini disatukan segala potensi dan kapasiti yang ada dalam satu saf yang padu dan tersusun.

 

5-Dakwah ini dilakukan atas kejelasan ilmu

Ini dapat dilihat dari perkataan “..mengajak kepada Allah atas hujah (basirah)..”yang membawa maksud dilakukan atas kejelasan ilmu dan hujah bukan atas ikut-ikutan. Untuk itu, pendakwah perlulah faham dan sentiasa berfikir.

 

6-Dakwah ini dilakukan dengan sumber-sumber kekuatan berikut:

a)Kekuatan manhaj

Ini dapat dilihat dari perkataan ‘Katakanlah”, ‘Jalan (agama)ku “dan ”Atas hujah (basirah)’.

 

b)Kekuatan kepimpinan

Ini dapat dilihat dari perkataan Äku dan mereka yang mengikuti ku”. Äku’itu merujuk kepada Rasulullah saw sebagai simbol kepimpinan dakwah. Gabungan Áku’dan ‘mereka yang mengikuti ku’adalah simbol berjemaah.

 

c)Kekuatan displin

Ini dapat dilihat sifat sahabat yang taat ‘mengikuti’Rasulullah saw, istiqamah atas manhaj dan niat semata-mata kerana Allah taala. Tanpa displin, segala prinsip yang dinyatakan akan mudah diabaikan. Apabila prinsip telah ditinggalkan, maka jadilah dakwah sebagai usaha yang memenatkan sahaja.

 

Sumber: Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran, IIFSO (2004)

Posted in Dakwah, Fikrah | No Comments Yet

  • Blogroll

    • ISMAPJ
    • ISMAPJ Wanita
  • Info Centre

    • ADMIN
    • EMAIL
  • Recent Posts

    • Ta’awun, Tanaashur & Taraahum
    • Madrasah Hassan al-Banna Siri 3
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 2
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 1
    • Umat Yang Satu Dalam Madrasah Ramadhan
    • Agenda Harian Di Bulan Ramadhan
    • Madrasah Hassan Al-Banna Siri 2
    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (3)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (34)
    • Fikrah (38)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (9)
    • Tazkirah (5)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.