• Home

Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Hubungan antara Amal Tarbawi dan Amal Siyasi

April 7, 2009 by ismapjinfo

Oleh: Syeikh Muhammad Abdullah Al-Khathib

Amal Siyasi Islami mempunyai dua titik tolak mendasar:
Pertama: Amal Siyasi Islami adalah amal sepanjang hayat, sebab, medan amal siyasi adalah keseluruhan amal kehidupan dan keduniaan semata, baik sosial, ekonomi, politik dan lainnya. Dan ia tidak mempunyai hubungan dengan urusan-urusan agama murni, semisal ibadah, ritual dan aqidah, di mana medannya adalah amal dakwah dan bukan amal siyasi. Jadi, amal siyasi adalah amal madani, hanya saja, hukum-hukumnya dan berbagai pengorganisasiannya, sumbernya adalah syariat Islam; tercakup di dalam pengertian syariat Islam ini adalah keseluruhan nash-nash ilahiyah dan seluruh ijtihad-ijtihad aqli dan ilmi dari manusia
Kedua: Amal Siyasi Islami adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari amal Islami secara umum. Hal ini tercakup oleh Islam yang syumul dan kenyataan bahawa Islam adalah manhaj kehidupan yang lengkap. Dan hal ini merupakan aqidah seorang muslim, di mana keimanannya tidak sah, dan agamanya tidak sempurna kecuali dengan aqidah ini.

Berdasar kepada tabiat “double gardan” seperti ini, dapat dikatakan bahawa amal siyasi Islami tidak lain adalah amal siyasi madani yang:
• Di-shibghah dengan shibghah Islamiyah dan
• Iltizam (komitmen) dengan nilai dan prinsip-prinsip Islam.

Oleh kerana dasar inilah, maka:
1- Kejayaan amal siyasi Islami mengharuskan untuk mengikuti:
a. Manhaj Islam
b. Pokok-pokok dan dasar-dasar ilmu-ilmu politik kontemporer
c. Prinsip-prinsip amal siyasi pada umumnya, sebagaimana telah dijelaskan di depan

2- Komitmen yang sempurna dengan nilai, prinsip dan akhlak Islam yang mulia serta:
a. Syar’i dalam hal tujuan dan sarana
b. Haram mempergunakan sarana-sarana politik yang menyimpang, seperti: menipu, putar belit dan konspirasi, menghalalkan cara-cara menyesatkan dan kemunafikan, tidak kredibel, prinsip “tujuan menghalalkan cara”.
c. Kemahiran dalam mengungkap dan membongkar cara-cara yang amoral.

Dasarnya adalah ucapan Umar: “Saya bukan penipu, akan tetapi tidak mampu ditipu”.

3- Kemestian memperhatikan hukum-hukum syar’i dan bertitik tolak dari mafahim Islamiyah yang benar dalam khithab siyasi, sikap dan berbagai tindakan politik seluruhnya, serta memperhatikan dengan sungguh-sungguh data-data faktual dan berbagai situasi lokal, regional dan internasional.
Allah Berfirman:“Alif Lam Mim. Bangsa Romawi telah dikalahkan. di negeri yang terdekat, dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang. dalam beberapa tahun (lagi), bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang), dan pada hari (kemenangan Romawi itu) bergembiralah orang-orang yang beriman. kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki, Dia Mahaperkasa, Mahapenyayang”. (Ar-Rum:1 – 5).

4- Memperhatikan kaedah-kaedah siyasah syar’iyyah, mengenal dan memahami realiti (fiqih waqi’), situasi kontemporer, kemahiran mengaitkan antara nash dan penerapannya dalam realiti praktikal, muwazanah antara kaedah-kaedah Islam dan berbagai perkembangan baru yang menuntut adanya murunatul harakah (kelenturan gerakan), serta tathawwur mustamir (pengembangan berterusan) dalam sikap juz-i dan marhali serta dalam sarana perealisasian tujuan-tujuan strategik

5- Bertolak dari syumuliyatul Islam dan bahawasanya Islam mengatur segala urusan kehidupan, amal siyasi Islami harus menangani berbagai isu dan permasalahan besar yang sedang dihadapi oleh tanah air kita, serta memandang semua itu sebagai bagian yang tidak terpisahkan dari amal Islami, khususnya masalah:
a. Reformasi politik,
b. Penghapusan segala bentuk rasuah, baik di bidang kewangan, birokrasi dan akhlaq, kebebasan awam,
c. Stabiliti pemerintahan,
d. Penegakan disiplin,
e. Publikasi perilaku peradaban Islami dalam berbagai interaksi kehidupan,
f. Keadilan dalam agihan kekayaan nasional kepada rakyat yang miskin,
g. Mengarahkan sumber-sumber kewangan untuk memberikan keadilan kepada kelompok fuqara dan papa,
h. Penghapusan jurang pemisah yang besar antara kaya dan miskin,
i. Pewujudan prinsip kesempatan yang sama atas dasar kemampuan dan kelayakan, bukan atas dasar lainnya,
j. Menjaga harta awam dari pemborosan serta memandangnya sebagai milik baitul mal muslimin, di mana setiap penduduk mempunyai hak yang ditetapkan atasnya dan bukannya milik negara atau penguasa yang boleh berbuat sekehendaknya, dan bahawasanya kekuasaan penguasa atas harta tersebut terikat dan bergantung kepada kemaslahatan kaum muslimin,
k. Masalah utama bangsa Arab dan Islam, utamanya masalah Palestin,

Dan bahawasanya penyelesaian kita terhadap semua masalah ini haruslah memikiki keistimewaan shibghah Islamiyah yang jelas, yang berdiri di atas tsawabit yang qath’iy, tujuan dan maqashid Islamiyah dan dengan mempergunakan instrumen dan sarana Islam, dan juga berdiri atas dasar ilmiah moden, serta bukan merupakan ciplak dari penyelesaian sekular

Hubungan Antara Tarbawi dan Siyasi
Hubungan antara tarbawi dan siyasi dapat disimpulkan bahawasanya hubungan diantara keduanya adalah hubungan tarabuth (saling terkait), takamul (saling melengkapi) dan tawazun (keseimbangan). Gambaran dan dimensi hubungan-hubungan ini tampak dalam penjelasan berikut:

1- Amaliyah tarbawiyah (proses tarbiyah) adalah amaliyah ta’sisiyah (proses pembentukan asasi) untuk:
a. I’dad wa takwin al-rijal wa bina’ al-kawadir al-tanzhimiyah (menyiapkan, membentuk dan membina kader-kader struktural),
b. Tazkiyatun nufus wal arwah (mensucikan jiwa dan ruhani) agar mereka memiliki kemampuan untuk memikul beban amal siyasi madani amali (kerja politik praktik lapangan)
c. Gharsu al-iltizam (menanamkan komitmen) dalam diri mereka, kehidupan, perilaku dan segala urusan mereka dengan sekumpulan nilai dan muwashafat khusus yang menghantarkan mereka untuk meningkatkan berbagai kemampuan mereka, mefungsikan kuasanya dalam bentuknya yang sebaik mungkin,
d. Ta’hiluhum ilmiyyan wa amaliyan wa tadriban (meningkatkan keahlian ilmiah, operasian dan keterampilan) mereka dalam menjalankan tugas yang dibebankan kepada mereka

Jika amaliyah tarbawiyah menjalankan fungsi takwin dan ta’hil-nya, maka hal ini akan tercermin dalam kualiti pelaksanaan dari sisi ijadah (bagus), itqan dan ihsan yang akan merealisasikan buah yang paling barakah serta hasil yang terbaik dengan jerih payah paling berkesan serta penekanan sisi negatif sekecil mungkin, namun, jika pelaksanaan fungsi ini tidak bagus, maka takwin khuluqi nafsi (pembentukan akhlaq dan jiwa) akan melemah, atau jika perhatian kepada aspek ta’hil ilmi amali tidak diperhatikan, maka hasilnya akan berbalik seratus lapan puluh darjah

2- Mukadimah bagi penegakan daulah Islamiyah yang merupakan tujuan terpenting dari dakwah kita tidak dapat direalisasikan kecuali dengan amal siyasi yang memiliki beragam bentuk dan melalui berbagai tahapan. Bentuk dan tahapan ini mempergunakan berbagai uslub (cara) untuk memunculkan ta’tsir siyasi (dampak politik) di samping ta’tsir da’awi (pengaruh dakwah), sebagaimana nasyath siyasi (aktifitas politik) sendiri dapat memberikan peran da’awi dalam merekrut kader baru, peningkatan kualiti sosial secara umum, pemerataan wa’yu Islami serta perealisasian dan penegasan syumuliyatul Islam

3- Jawaban atas pemberian perhatian secara berimbang antara amal tarbawi dan amal siyasi tanpa ada dominasi satu pihak atas pihak lainnya, sebab ajaran-ajaran Al-Qur’an, yaitu tazkiyatun nafs tidak dapat dipisahkan dari kekuasaan yaitu politik, kerana inilah politik merupakan bagian dari Islam, dan menjadi kewajiban seorang muslim untuk memperhatikan aspek pemerintahan sebagaimana perhatiannya kepada sisi ruhiyah.

Wallahu a’lam

Posted in Dakwah, Fikrah | No Comments Yet

  • Blogroll

    • ISMAPJ
    • ISMAPJ Wanita
  • Info Centre

    • ADMIN
    • EMAIL
  • Recent Posts

    • Ta’awun, Tanaashur & Taraahum
    • Madrasah Hassan al-Banna Siri 3
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 2
    • Ramadhan, Perubahan & Merdeka Siri 1
    • Umat Yang Satu Dalam Madrasah Ramadhan
    • Agenda Harian Di Bulan Ramadhan
    • Madrasah Hassan Al-Banna Siri 2
    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (3)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (34)
    • Fikrah (38)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (9)
    • Tazkirah (5)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.