Dr. M Asri Zainal Abidin
Islam bukan agama ikutan dengan serba kejahilan tapi Islam adalah ad-Din kefahaman dan penghayatan. Kefahaman dan penghayatan adalah satu2 cara untuk mpertahan dan mperkukuhkan umat. Dukacita bila orang Islam sendiri tak berusaha memahami Islam apatah lagi untuk benar2 mghayati dan menyampaikannya. Dalam konteks dakwah, betapa kita umat Islam bertggungjawab untuk sampaikan Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim. Malangnya kebanyakan umat Islam bahkan hampir keseluruhannya begitu gagal melaksanakan tugasan ini. Setiap hari kita berurusan dengan mereka yang non-muslim atau bukan muslim tapi sepatah pun dari dakwah Islam tak kita sampaikan kepada mereka sehingga mereka terus terbabas tanpa dihulurkan sebab2 untuk sampai kepada hidayah. Lebih malang dari itu, kita kadang-kala mberikan gambaran yang buruk tentang Islam terhadap mereka. Apakah kita tak merasai betapa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak di atas kecuaian ini…
Saya begitu tertarik dengan apa yang diceritakan oleh as-Syeikh `Ali at-Tontawi dalam bukunya Ta’rif al-`Am bi Din al-Islam, katanya:”Pernah aku bertanya kepada para pelajarku, “Sekiranya datang kepada kamu seorang lelaki asing dan berkata kepada kamu bahawa dia hanya ada waktu sebanyak sejam saja dan ingin memahami apakah Islam dalam tempoh tersebut? Bagaimanakah kamu boleh fahamkan Islam kepadanya dalam tempoh sejam?.
Mereka menjawab: “Ini mustahil, dia mesti mempelajari tauhid, tajwid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, melibatkan diri dalam perbahasan masalah2 agama, dan dia tak akan tamat melainkan setelah 5 tahun“.
Aku pun berkata: “Subhana Allah! Adapun seorang `arab badawi datang menemui Rasulullah s.a.w. dan tinggal bersama baginda selama sehari atau setengah hari lalu mengetahui Islam lantas membawanya kepada kaumnya. Selepas itu, dia mjadi pembimbing dan guru, pendakwah dan mubaligh Islam. Lebih dari itu, Rasulullah pernah mensyarahkan ad-Din keseluruhannya (dalam hadith Jibril) dalam tiga ayat sahaja. Baginda berbicara dalamnya mengenai Iman, Islam dan Ihsan….Kenapa tak kita hari ini mensyarahkan Islam dalam tempoh satu jam!!?”
Demikian menariknya tokoh pendakwah Islam yang terkenal ini kemukakan contoh kesilapan dalam menguruskan dakwah. Ya! Kebanyakan kita bila diminta memulakan dakwah terutama kepada bukan muslim dia akan bertanya “Apakah perkara pertama yang hendak diterangkan?”. Inilah persoalan yang bermain di kepala kebanyakan muslim ketika di minta berdakwah. Lebih malang lagi ada yang penerangannya bermula dengan masaalah berkhatan…! Ada pula yang bila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan “Engkau wajib menghafal sifat 20 dengan perbahasan falsafahnya jika tak iman engkau tak dikira sah dan solat kau juga tak bermakna….! Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.
Manusia Dan Agama
Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya. Jiwa insan yang sempurna tak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini. Allah telah menfitrahkan insan iaitu mberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri. Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal mberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.
Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia. Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup. Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek2 tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya. Begitu bermulanya agama yang tak dibimbing oleh wahyu sebenar. Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.
Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui watak yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s., firman Allah dalam menceritakan kisah ini: Maksudnya: Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda2 keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang2 yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Ini adalah tuhanku”. Tapi bila bintang itu hilang dia berkata aku tak suka kapada yang lenyap”. Kmdian bila dia melihat bulan terbit dia berkata “Ini adalah tuhanku”. Namun bila bulan itu hilang dia berkata: “Sesungguhnya jika tuhanku tak mberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat”. Kmdian bila dia melihat matahari terbit dia berkata, “Inilah tuhanku, ini lebih besar”. Namun bila matahari itu hilang, dia berkata “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan. [al-An`am: 75-79]
Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.
Manusia Dan Persoalan
Insan yang waras senantiasa menimbulkan tanda tanya tentang tuhan atau dalam kata lain bertanya “siapakah yang telah menjadikan dirinya dan alam di sekelilingnya”. Akal yang waras meyakini bahawa dirinya tak muncul dengan kehendaknya tapi tentulah adanya kuasa yang maha agung yang menciptakannya. Tak terhenti untuk itu sahaja, dia tentu juga merasai keperluan diri bergantung kepada zat yang agung itu kerana dalam hidup dia pasti menghadapi peristiwa2 yang terjadi tanpa pilihan atau kemampuannya.
Perasaan mencari tempat pergantungan akan terus timbul dan keperluan kepada pertolongan tuhan akan benar2 dirasai oleh setiap insan. Seterusnya, bila insan memerlukan tuhan tentu insan ingin mengetahui kehendak atau tuntutan tuhan terhadap dirinya. Ini bagi memboleh insan merasai tuhan bersamanya dan merestuinya. Insan melihat berbagai kejadian dan peristiwa di alam ini, ada golongan yang baik dan ada pula yang jahat. Ada golongan golongan yang zalim dan ada pula yang dizalimi. Ini sekali lagi mendesaknya bertanya “Apakah kesemua ini akan berlaku begitu sahaja. Apakah yang zalim tak ada sebarang tindakan tuhan terhadapnya sedangkan dia telah menzalimi hamba tuhan yang lain. Apakah selepas adanya penindasan dan penginayaan maka hidup pun hilang begitu sahaja. Apakah sama antara hamba yang ingin mentaati tuhan dengan yang memusuhi tuhan?
Demikianlah berbagai persoalan timbul yang mendesak jiwa insan sekaligus membawa sekali lagi insan bertanya ke manakah perginya manusia selepas berakhirnya kehidupan di dunia ini…