Umat Terbaik
- Umat Islam adalah sebaik-baik umat (khaira ummah) & umat terbaik lagi adil (ummatan wasatha)
- Ali Imran: 110 “.. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat maaruf dan mencegah kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..”
- Imam Qatadah: khalifah Omar b Khattab pernah berkata “Sesiapa yang suka digolong dalam golongan umat terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini”. Para sahabat berjaya tunai ayat ini, justeru itu berjaya cipta sejarah gemilang
- Al-Baqarah:143 “ dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasatha supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang yang benar dan salah) dan Rasulullah menjadi saksi atas perbuatan kamu..”
- Kalimat wasatha bermaksud yang terbaik. Imam Ibn Kathir: “Umat ini merupakan umat terbaik. Oleh itu Allah kurniakan kepadanya (a)syariat paling lengkap (b)landasan paling kukuh (c)pandangan yang jelas”.
- Said Hawa: Wasatha juga bermaksud ‘adil’. Justeru itu ummatan wasatha bermaksud umat terbaik lagi adil
Manusia Yang Terbaik (Unggul)
- Keunggulan umat Islam tak berkekalan kerana umat melupakan peringatan Allah swt
- Al-Baqarah:152 “… oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
- Imam Hassan al-Basri: Allah mengingati (dengan rahmatnya) mereka yang mengingatiNya. Allah menambahkan (nimat) kepada mereka yang bersyukur dan Allah menimpakan azab kepada mereka yang kufur”
- Kegemilangan kurniaan Allah kepada umat Islam adalah nikmat yang wajib disyukuri. Jika tidak nikmat itu diganti dengan azab & bala.
- Hadith Ahmad: Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada nabi berkenaan dengan sifat manusia yang terbaik. Nabi menjawab, “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca al-Quran, paling bertaqwa kepada Allah, paling bersungguh2 ajak kepada makruf, paling bersungguh cegah mungkar dan paling suka hubungkan silatulrahim”
· Berdasar hadith, ciri manusia terbaik (unggul) seperti dihayati para sahabat: (a)Kenali manhaj hidup dengan mendampingi al-Quran (b)Mula perubahan diri sendiri menuju taqwa (c)Ajak & bantu orang lain kepada kebaikan (d)Berperanan cegah kemungkaran (e)Pentingkan hubungan baik sesame manusia berlandas kebenaran
- Hari ini umat Islam berada pada tahap paling rendah & hina seperti di Palestin (penguasa yang tunduk pada Israel), Bosnia (kekejaman Serb), Chehya (serangan Rusia) dll
Kejatuhan Umat Islam – Menurut Syeikh Hassan an-Nadwi
· Kepimpinan Islam berpindah kepada orang yang tidak layak. Pemimpin pinggirkan ajaran Islam & utamakan kepentingan peribadi & kelompok. Mula menonjol pada era Bani Umayyah & Abasiah, kecuali pada zaman Umar b Abdul Aziz
· Politik dipisahkan dpada agama. Pada zaman nabi dan khulafah ar-Rasyidin, politik & agama disatukan kerana Islam adalah suatu cara hidup lengkap. Bila agama tak lagi menyuluhi politik, lahirlah penyelewengan, kezaliman & ketidakadilan pada peringkat tertinggi.
· Penguasa Islam menunjukkan contoh yang buruk. Pemimpin tenggelam dalam kemewahan & kemaksiatan dengan abai kewajipan amar makruf nahi mungkar. Perangai dan cara hidup pemimpin yang tak bermaruah ini beri kesan negative kepada umat secara amnya
· Ilmuan Islam gagal kembangkan ilmu. Ilmuan Islam mula abad 17M, bahas falsafah diasas bangsa Yunani; hanya berbicara roh, wihdatul wujud & ilmu2 ranting Islam. Ilmu sains & teknologi tak difokus, sedang Barat ketika itu S&T berlaku pesat; akhirnya Barat kuasai umat Islam yang leka
· Timbulnya bidaah dan khurafat dalam dunia Islam.Kesucian aqidah & ibadah serta syariat ditegak nabi dicemari pandangan2 & amalan bidaah yang sesat.Tokoh tambah agama tanpa berasas Quran & Sunnah jadi popular hingga akhirnya berjaya pudarkan cahaya Islam yang asli/murni.
Umat Yang Tinggi
· Umat Islam tak perlu berasa kecewa dan inferior tetapi perlu tingkat taqwa dan sebarkan Islam ke seluruh dunia
· Ali Imran: 139 “.. dan jgnlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan pertahan & tegakkan Islam), dan jgnlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (atasi musuh dengan capai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
· Said Hawa: Ayat ini beri khabar gembira kepada umat Islam bahawa mereka adalah golongan yang tinggi dan mereka dikurniakan kemenangan, kejayaan dan ketinggian, tekankan kepentingan pelihara kesejahteraan iman kerana ia beri kekuatan kepada hati; tekankan kepentingan yakini janji Allah & tak hiraukan propaganda musuh
· Umat Islam pasti mampu ulangi kegemilangan yang berjaya dicapai oleh umat terdahulu. Justeru, jauhi perasaan inferior supaya potensi dapat diledak sebaik mungkin & jgn pula diganti perasaan superior & bongkak yang dibenci Allah