• Home

ISMAPJ Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

August 27, 2008 by ismapjinfo

Rasulullah saw bersabda : “Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu segala hari adalah hari Jumaat” (Thabrani dan Baihaqi). Ramadhan disebut juga dengan sayyidus syuhur atau penghulu segala bulan. Tentu saja, bukan tanpa alasan jika Ramadhan diberi kehormatan lebih mulia dari bulan-bulan lain. Suasana di bulan ramadhan begitu indah, Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya mengungkapkan bahawa di bulan Ramadhan, syaitan-syaitan di belenggu, pintu neraka ditutup dan pintu-pintu surga di buka. Penjagaan Allah ini sungguh terasa dampaknya, sehingga selama Ramadhan, kita cenderung suka dan semangat untuk beramal soleh.

 

Dengan bulan ini, Allah hendak menjamu kita dengan jamuan istimewa. Jamuan itu adalah serangkaian ibadah-ibadah yang efektif untuk meningkatkan kualiti diri kita di hadapan-Nya. Dan tentu saja, semuanya dikembalikan pada diri setiap orang. Allah tidak memaksa, sebab ibadah-ibadah itu maslahat atau mudharatnya akan kembali pada diri kita sendiri. Firman Allah, “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat, maka (dosanya) atas dirinya sendiri. Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambanya.” (Fushilat:46).

 

Ramadhan; Syahrus Shiam

Bulan Ramadhan adalah penghulu bulan-bulan, dan diantara sebab disebut demikian adalah kerana bulan ramadhan adalah satu-satunya bulan yang di dalamnya diwajibkan puasa, sementara bulan-bulan lain tidak demikian. Bagi kaum muslimin yang diberi kesempatan hidup pada bulan ini, maka wajib atas mereka menjalankan ibadah puasa kecuali bagi yang memiliki uzdur syar’ie, seperti sakit dan sedang musafir.

 

Taujihat Robbaniyah tentang puasa merupakan kelembutan, kerinduan sekaligus taklif, hiburan dan arahan terhadap suatu pandangan dan misi yang agung; Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian puasa sebagaimana diwajibkan atas umat sebelum kalian, agar kalian menjadi orang yang bertaqwa”. (Al-Baqarah:183)

 

Tentunya selain dari puncak ibadah puasa pada bulan ramadhan ieaitu taqwa; Allah juga memberikan ganjaran lain yang berlimpah; iaitu kecintaan Allah terhadap orang yang berpuasa sangatlah besar sehingga bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah dari minyak kesturi sekalipun.

 

Ramadhan Syahrul Qur’an (Bulan Al Qur’an)

Diantara sebab Ramadhan dijadikan sebagai sayyidus syuhur adalah kerana di dalam bulan tersebut teradapat peristiwa yang sangat agung dan mulia; iaitu peristiwa turunnya Al-Qur’an yang membawa petunjuk dan al-Furqan. Allah SWT berfirman :“(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).” (Al-Baqarah : 185)

 

Ramadhan disebut dengan syahrul Quran (bulan Al-Quran), kerana awal diturunkannya Al-Quran adalah pada bulan Ramadhan. Dengan berpedoman pada Al-Quran, niscaya hidup manusia menjadi terarah dan memberi kebahagiaan, kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran serta keadilan. Bahkan juga dapat memberikan alat tapisan sehingga mampu membezakan antara yang hak dan bathil, antara yang benar dan yang salah, antara ketaatan dan kemaksiatan, antara hidayah dan kesesatan, antara kebahagiaan dan kesengsaraan hakiki dan antara jalan menuju redha Allah dan murka Allah serta jalan menuju surga yang penuh dengan kenikmatan dan jalan menuju neraka yang penuh dengan azab dan kepedihan.

 

Oleh kerana itu sebagai bulan Al-Quran, Ramadhan mengingatkan dan mengetuk hati kita untuk memperkukuh komitmen kepadanya. Bila ramadhan tiba, kita tingkatkan interaksi kita dengan Al-Quran, membacanya dan berusaha memahami dan menelaah makna-makna yang terkandung dalam ayat-ayatnya; baik dengan membaca tafsirnya, terjemahannya atau mengikuti kajian-kajian Al-Quran yang marak diadakan di masjid-masjid atau di institusi-institusi yang memiliki perhatian terhadap ajaran keislaman.

 

Berbagai krisis yang menimpa dan mengepung berbagai negeri dan di berbagai belahan dunia; sejak beberapa tahun lalu hingga sekarang merupakan sebaik-baik persoalan tentang hal itu.

Seharusnya umat Islam sedar bahawa Islam bukanlah semata-mata sebagai syiar-syiar dan ibadah ritual belaka, namun merupakan agama sempurna yang meliputi akidah, syariat, hukum, politik, dan risalah ke seluruh dunia. Dan di dalam penerapan syariat Islam terdapat keagungan dan kewibawaan mereka di depan musuh-musuhnya. Dan kaum Muslimin juga seharusnya sedar akan kewajiban dirinya untuk menegakkan Khilafah Islam secara total, mulai dari individu, keluarga, masyarakat hingga daulah (negara).

 

Ramadhan; Syahrul Qiyam (Bulan Menghidupkan Malam Hari dengan Ibadah).

Diantara alasan lain disebutnya bulan Ramadhan dengan sayyidus syuhur adalah kerana Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya mensunnahkan kepada umat Islam untuk menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan dengan melakukan qiyam; baik dengan melaksanakan solat tarawih, membaca Al-Qur’an, bangun malam untuk tahajjud dan sahur dan lain-lainnya.

 

Bahawa detik demi detik, jam demi jam dan hari demi hari atau malam demi malam, adalah merupakan waktu yang sangat berharga saat di bulan Ramadhan; sebagaimana Rasulullah saw sabdakan ketika beliau menyampaikan sambutan ketika menjelang Ramadhan tiba; beliau bersabada:“..Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. masa demi masaya adalah masa-masa yang paling utama…”

 

Dalam hadits lain, Rasulullah saw juga bersabda:  “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa di bulan Ramadhan kepada kalian, dan Aku syari’atkan kepada kalian agar mendirikannya (dengan solat tarawih). Barangsiapa yang berpuasa dan mendirikannya kerana iman dan mengharapkan redha Allah SWT niscaya ia keluar dari dosa-dosanya seperti pada hari ia dikeluarkan dari rahim ibunya”. (HR. Nasai dan Ahmad)

 

Dan Rasulullah saw selama hayatnya tidak pernah meninggalkan malam-malam ramadhan. Ketika memasuki bulan Ramadhan memperkencang amal ibadah qiyamnya dan apabila memasuki 10 hari terakhir beliau lebih mengencangkan ikat pinggangnya agar dapat beribadah lebih optimal dan membangunkan isteri-isterinya untuk beri’tikaf dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.

 

Posted in Ibadah | No Comments Yet

  • Recent Posts

    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
    • Rasulullah: Teladan Dan Rahmat
    • Hubungan antara Amal Tarbawi dan Amal Siyasi
    • Membentuk Tarbiyah Al-Muqawamah dan As-Shumud?
    • Apakah Kita Para Aktivis?
    • Fatwa Yusof Al Qardhawi Tentang Boikot
    • Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir Tentang GAZA
    • Gaza : Ust Mahdi Akef
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (1)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (30)
    • Fikrah (32)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (5)
    • Tazkirah (3)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
  • Top Clicks

    • None
  •  

    August 2008
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.com

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.