Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Al-Ikhwan al-muslimun
_____
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam semoga selalu tercurah pada bagi nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabat semua..
Sesungguhnya penjajahan Barat pasukan salib yang sangat fanatik dan Timur yang atheis tidak akan pernah mampu, walau gunakan berbagai usaha ketenteraan ampuh untuk menguasai dan menelan negeri Islam, berbagai serangan yang datang dari balik laut selalu mengalami kegagalan dan kembali dengan tangan kosong. Namun saat ini musuh Islam ubah taktiknya dan mulai sebarkan kafilah dalam bentuk misionaris dan membuat keraguan di tengah umat, berusaha menggenggam agama agung ini, yang telah dijanjikan oleh Allah untuk dijaga hingga hari akhir. Yahudi lakukan usaha jahat dan konspirasi terhadap khilafah Islam, mereka yang sejak lama tak pernah berhenti usaha lakukan penghancuran terhadap Islam dan pembantaian umat Islam, hilangkan aqidah umat melalui strategi konspirasi sejak masa nabi Muhammad saw hingga saat ini, khususnya terhadap warga/bangsa Palestin dan Al-Quds (sebagai pusat dunia Islam)
Sungguh benar firman Allah SWT berfirman : “Mereka tidak memelihara (hubungan) Kerabat terhadap orang2 mukmin dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. dan mereka itulah orang2 yang melampaui batas”. (At-Taubah:10).
Dan kerana keadaan inilah akhirnya membuat sebahagian umat Islam kembali bangkit akan ghairah dan perasaan mereka, dan tampak kemunculan gerakan pembaikan di dunia Arab dan Islam untuk melawan musuh dan menghantam kezaliman dan orang-orang zalim. Dan ditengah gejolak dan gemuruhnya perasaan ini, muncul gerakan yang fenomenal dan berpengaruh –iaitu gerakan Al-ikhwan al-muslimun- yang menggenggam dengan erat bendera Islam sebelum jatuh, dan tentunya –segala puji bagi Allah- merupakan gerakan pembaharuan yang bersepadu bagi umat Islam, berusaha untuk kembali pada sumber-sumber yang asli terhadap agama ini, sekalipun rintangan dan hambatan datang silih berganti mengikuti jalannya yang telah digariskan, guna menuju tujuan yang telah ditentukan dan misinya yang agung..
Kesaksian akan kebenaran yang kita selalu banggakan terhadapnya
Umat Islam dan bangsa Arab menyaksikan, begitupun non muslim –dari para cendikiawan dan ulama terkemuka- bahawa gerakan ini adalah
· gerakan contoh dalam fahamannya terhadap Islam, amalkannya dan dakwah kepadanya dan praktikkannya dalam dirinya,
· merupakan sekolah terbesar dan agung dalam sejarah moden saat ini; kerana jamaah tersebut bawa manhaj yang benar yang bersumber kitab dan sunnah serta tauladan amal shalih para salaf…
· terapkan metod wasatiyah (pertengahan), lakukan tarbiyah dalam bentuk keseimbangan dalam segala hal,
· dan tentunya ini adalah pilihan Allah untuk umat Islam.
Allah berfirman: Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah:143)
Sebagaimana disaksikan oleh banyak orang bahawa Al-Ikhwan membentuk generasi mukmin jujur & benar keimanannya, cetak dirinya tanpa rasa ragu terhadap apa yang ingin dikatakan kepada orang lain, untuk capai tingkatan ini perlu adanya tarbiyah yang berterusan dan berperingkat, dan hal itu masih menjadi dasar pokok, kerana tabiyah merupakan sarana satu-satunya untuk lakukan perubahan, tempuh jalan yang sulit dan panjang, perlukan kesabaran dan nafas panjang, sebagai jln yang ditempuh oleh nabi Muhammad saw dan para sahabatnya, tiada yang bersabar menempuhnya kecuali para ulul azmi (azam yang kuat), dan himam al-aliyah (keinginan yang tinggi).
Para generasi muda yang dibentuk oleh Al-Ikhwan
..mampu berperanan ke perbagai medan perjuangan dari
· melakukan kerja untuk kebaikan hingga kerja sosial… hingga memberikan bantuan untuk kemaslahatan umat manusia, dan
· pada keadaan bahaya dan mencekam mereka mencuat ke medan jihad.. hingga ke Palestina dan di terusan Suez,
· mereka mengangkat senjata yang sederhana berhadapan dengan pasukan Inggris dan Yahudi laknatullah alaihim,
· namun mereka tetap yakin dan teguh bahawa keimanan tidak akan boleh dikalahkan,
· berazam untuk mati di jalan Allah sebagaimana musuh berazam untuk hidup,
· sekiranya bukan kerana ujian dialami, mereka tidak ditarik dari medan perang di Palestin dan kemudian dipenjarakan,
· maka mereka akan mampu lakukan perubahan keadaan yang dialami saat itu hingga sekarang, namun tidak ada kuasa dan daya kecuali hanya Allah SWT!!..
Mereka yang memiliki i’tikad baik yang dicetak di tengah mihrab (beribadah kepada Allah),
· hidup yang penuh dengan jalinan hati kepada Tuhan pemilik bumi dan langit, mencerahkan dunia dengan generasi yang beriman, dan mampu mengembalikan umat yang takluk akan ketsiqohannya setelah hampir mengalami kehancuran,
· sehingga sebahagian orang bertanya-tanya: Apakah ada yang tersisa dari model pahlawan ini yang masih hidup di tengah negeri yang terhalang untuk berjalan di lintasan ini?
· Namun Islam tetap miliki kemampuan cetak generasi setaraf itu, generasi bertaqwa, suci dan bersih, tidak kenal kebohongan, penipuan, curang, dan berazam ingin mengembalikan umat pada kenangan para shalihin dan siddiqiin?!
· Mereka adalah Al-Ikhwan yang diseru oleh Al-Banna untuk kembali kepada Allah dan kemudian mereka menerima seruan tersebut, mengangkat kepala dan membusungkan dada atas ketamakan, desas-desus dan syahwat para musuh, meninggalkan segala tipu daya yang membuat lalai terhadap dunia dan berjalan di balik tirai fitnah-fitnah.
Marilah kita semak seruan yang agung;
iaitu seruan untuk membangkitkan umat Islam –agar kembali kepada Tuhan mereka-, beliau berkata:
• Kembalilah kepada Islam wahai yang sdg bingung di tengah kerasnya kehidupan.. yang terjerumus di kegelapan malam yang pekat…
• Kembalilah kepada Islam wahai yang berdiri di depan pintu kebaikan, yang kalian tidak tahu jalan manakah yang akan kalian lintasi, dan jalan manakah yang akan kalian lewati…
• Kembalilah kepada Islam wahai yang telah bercampur dengan berbagai macam sarana, hati yang bingung terhadap berbagai tujuan, namun tidak mendapatkan satu tujuanpun, dan tidak mampu menentukan sarana yang baik sedikitpun…
• Kembalilah kepada Islam wahai orang yang sedang bermain api namun gagal, bahkan telah mengarahkan kepada kalian pada ideologi yang jumud, akal yang sempit dan terbatas..
• Kembalilah kepada Islam yang memberikan petunjuk, yang cerah dan bersinar terang yang membawa rahmat langit menuju bumi…
• Kembalilah kepada Islam wahai para aktivis yang ikhlas
Saya tidak mengajak pada Islam oportunis kerana Islam merupakan pengorbanan dan kerja keras, bukan pada sifat pengecut kerana Islam merupakan keberanian dan gagah, bukan pada kedustaan dan tipu daya kerana Islam merupakan berterus terang, dan kejujuran, namun saya menyeru pada keikhlasan dari para aktivis, mengajak mereka yang memiliki cita-cita mulia untuk membahagiakan dan mensejahterakan manusia dan ketenteraman masyarakat, sehingga bertolak dalam kerja keras ini dengan penuh keberanian, terus terang dan gagah…
Kepada semuanya aku serukan : “Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab Itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”. (Al-Maidah:15-16)
Sumber: Al-Ikhwan.net