4) Kerajaan Islam
Melalui kefahaman, amalan dan iltizamnya terhadap Islam,
§ kita tidak tuntut kekuasaan pemerintahan utk diri kita; kita bukan dahagakan kekuasaan atau sebarang bentuk keduniaan;
§ kiranya ada dari kalangan umat yg bersedia utk pikul tugas yg berat ini, laksana amanah & pemerintahan dgn Manhaj Islam dan Al-Quran, maka kita rela jadi tentera dan pembantu mrk.
§ jadi kerajaan bukanlah matlamat akan tetapi ia adalah jalan, amanah dan bebanan berat.
§ kita lebih memahami keadaan dan realiti dari membuat penonjolan utk dapatkan kekuasaan dan pemerintahan sedangkan jiwa umat Islam dlm keadaan setenat ini.
Mestilah di sana suatu tempoh tertentu dimana
§ prinsip2 Islam tersebar meluas sehingga masyarakat tahu bagaimana harus mrk utamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi dan bagaimana mrk harus berperanan di dlm sebuah negara Islam.
§ Ini bermakna masyarakat Islam adalah cara utk menuju ke arah wujudkan kerajaan Islam.
§ Umat pula yg empunya hak dlm memilih kerajaan yg akan pimpin mrk dan bergabung dgn sesiapa yg mrk kehendaki.
(5) Negara Islam
Negara Islam yg memimpin negara2 Islam ke arah kesatuan, himpunkan kembali umat dan negara Islam yg terpecah2 dan kembalikan tanahair Islam yg dijajah. Jalan utk tegakkan Negara Islam tersebut ialah kerja yg bersepadu lagi bersatu dari peringkat awal lagi. Oleh kerana itu hendaklah di sana diusahakan dakwah, organisasi, perancangan, tarbiyah yg bersepadu lagi bersatu bersandarkan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya yg akan bawa kesatuan dlm saf, amal, objektif dan matlamat.
(6) Negara Islam Bersatu (Khalifah)
Menegakkan the United States of Islam yg gabung negara2 yg didiami oleh umat Islam.
§ satu negara yg tunduk di bawah kepimpinan yg satu berperanan dlm memastikan perlaksanaan Syariat Allah dan beramal dgn ajaran2nya, sebarkan risalah Islam, kukuhkan kewujudan Islam di pentas antarabangsa.
§ Cara mencapainya ialah dgn melalui persiapan2 awal yg sahih dgn memilih tapak2 yg baik dan sesuai yg darinya dilancarkan Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia ke arah mencapai kemuncak objektif.
(7) Negara Islam Antarabangsa (Ustaziatul ‘Alam)
Berusaha dirikan Negara Islam Antarabangsa yg memastikan hak setiap insan di mana shj mrk berada agar dlm keadaan bebas, aman, dpt beri pandangan & beribadah. Mencapai tertegaknya Negara Islam Bersatu merupakan laluan yg terjamin ke arah mencapai objektif ini.
§ dibangun atas asas Iman sebagai daya upaya yg gerakkan ke depan menuju matlamat, ianya juga bergantung kpd asas Ilmu utk capai kemajuan, pertahanan dan keamanan utk umat ini.
§ Sekatan ilmu dan teknologi yg dikenakan Amerika atas dunia Islam dan Arab jelaskan lagi kpd kita betapa pentingnya ilmu dlm mengadakan persiapan persenjataan moden yg menjaga sebarang pencerobohan, bahkan membuat usaha2 politik dan ketenteraan utk menguasai dan belenggu umat lain. Ia juga menjelaskan betapa ketinggalannya umat Islam apabila mrk tunduk kpd sekatan ini dan patuh dgn piagam sana dan sini sedang musuh mrk tidak mematuhi sebarang piagam yg telah dipersetujui. Kesannya, kekuatan berpihak kpd mrk dan bukan kpd umat Islam. Islam mewajib umatnya tuntut ilmu walau di mana shj tempat di dunia. Rasulullah saw bersabda “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan”. Juga kata2 “Tuntutlah ilmu walau di negeri Cina”. Bersandarkan Syariat Allah yg wajibkan ilmu, menuntutnya dan usaha carinya, Ibnu Taimiah sebut berkenaan dgn ilmu, katanya “Apabila orang2 yg bukan Islam mendahului umat Islam dlm sesuatu bidang ilmu atau kemahiran, maka semua orang-orang Islam adalah berdosa”.