• Home

ISMAPJ Info Centre :: Membina Generasi Rabbani

Feeds:
Posts
Comments

Membina Insan, Keluarga & Masyarakat Islam

August 24, 2008 by ismapjinfo

Maratibul Amal


(1) Membina Insan Muslim

Pembentukan individu Islam merupakan objektif paling asasi. Insan muslim adalah lelaki atau wanita, kanak-kanak, pemuda atau pemudi. Cara2 bentuk insan berkualiti tinggi di segi aqidah, iman, kefahaman, amalan & sumbangan hendaklah melalui :

(i)Murabbi atau pendidik yg bersungguh dlm usaha-usaha mendidik dan membentuk individu.

(ii)Manhaj yg boleh diharapkan.

(iii)Suasana persekitaran yg baik dan mempunyai kemudahan-kemudahan yg boleh digunakan.


Jika ada kecacatan salah satu dari ketiga2 cara ini, maka akan cacatlah hasilnya nanti. Memberikan penekanan yg penting terhadap Tarbiyah kerana ia adalah jalan

§ memantap kefahaman yg asli, memperbetul dan mendisiplin amal & tingkahlaku, jelaskan halal & haram, terangkan kewajipan2 dan cara utk laksanakannya demi mencari pahala dan ganjaran Allah swt.

§ menanam pengertian & panduan hidup berukhuwwah, saling mempercayai dan bekerja dlm satu ikatan yg teguh berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


Sesuatu usaha keluarkan peribadi2 Islam yg sejati dan ikuti perkembangan tarbiyah secara berterusan hendaklah :

§ miliki kefahaman sahih mengenai peranannya dan usaha gigih yg sepatutnya demi jalankan tugasan dgn baik dan berjaya.

§ tarbiyah sahih & berhasil diukur sejauhmana akal & hati seorang itu dpt diterangi ilmu, zikir, amalan dan sumbangannya.

§ tarbiyah adalah ukuran kematangan dimana antara tanda2nya ialah wirid harian seorang muslim, iktikaf tahunannya, qiyamullail, akhlak mulia, bulat tekadnya melebih kepentingan umum melebihi diri sendiri, cemerlang  dlm bidang ilmu, jlnkan tugas dlm rumahtangga, masyarakat dan tempat kerjanya.

§ miliki sikap ambil berat hafazan Al-Quran & Hadis, hubung antara hafazan dgn amal & akhlak, patuh & iltizam dgn manhaj Al-Quran & Al-Hadis, beri perhatian besar kpd mendidik/melahirkan belia, dewasa & kanak2 secara berorganisasi dan tersusun agar memiliki keperibadian Islam demi utk mencapai objektif yg telah gariskan.


(2) Keluarga Islam

Melahirkan keluarga Islam merupakan objektif kedua dari ojektif-objektif yg hendak dicapai. Utk ini pelbagai cara digariskan utk menjadikan objektif inisuatu realiti di alam nyata. Diantaranya ialah :

(i)Seorang muslim memberi perhatian yg sewajarnya terhadap keluarganya samada terhadap suami, isteri & anak2.


(ii)Berikan hak secukupnya terhadap peranan wanita melalui buku, risalah, perjumpaan, persidangan wanita dlm ruang lingkup pembinaan keluarga Islam.

(iii)Memilih isteri yg salehah dan suami yg saleh.

(iv) Menyediakan bagi anak-anak aktiviti-aktiviti yg berfaedah dan produktif.

(v)Menyedia dan membentuk keperluan dan kemudahan yg boleh membantu urusan kekeluargaan di semua peringkat disamping memperincikan peranan wanita di dlm bidang kerja, sumbangan dan pembinaan masyarakat.

(vi)Membersihkan suasana di dlm rumah dari sebarang bentuk yg bertentangan dgn Islam dgn cara mengetahui dgn betul garis-garis panduan yg terdapat di dlm Al-Quran dan As-Sunnah.

(vii)Menerbitkan buku2/majlis ilmu di masjid/surau serta perpustakaan khusus bagi wanita.

(viii) Menghilangkan faktor-faktor material dan spiritual yg menghalang terbentuknya keluarga Islam.


(3) Masyarakat Islam

Adalah sukar wujudnya atau usaha utk wujudkan perlaksanaan Islam di tahap undang2 atau kerajaan melainkan dlm masyarakat yg digerak oleh Iman, mengetahui objektif & matlamat Iman itu sendiri melalui kefahaman mrk terhadap Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedang mrk juga beramal memenuhi tuntutan Al-Quran dan Al-Hadis tersebut.


Kerajaan Islam tidak tertegak di atas asas yg kosong,

§ ia tegak di atas asas Iman, kefahaman sahih yg dibukti oleh amalan, pengorbanan dan sumbangan masyarakatnya yg berharap ganjaran & pahala Tuhan yg menurunkan Islam atas RasulNya, maka dgn ini akan tertanam kukuh Iman di dlm hati, kefahaman dlm akal fikiran dan amalan pada anggota, tingkahlaku, perbuatan dan politik.

§ mesti ada suatu tempoh di mana tersebar luasnya prinsip2 Islam, dipelajari & diamal oleh masyarakat hingga mrk beri lebih keutamaan kpd kepentingan awam & matlamat2 Islam yg besar melebihi kepentingan2 peribadi mrk dan objektif2 yg kecil.

§ guna kekerasan bukanlah jalannya krn dakwah yg hak & benar ialah dakwah yg menerpa rohani, sentuh jiwa dan buka pintu2 hati manusia terlebih dahulu; mustahil ruh, hati & jiwa dpt diluruskan semata2 dgn guna rotan & mata lembing.

§ cara sebenar hendaklah dakwah kearah mantapkan hati & kefahaman hingga ia jadi kenyataan & tingkahlaku di persekitaran dan medan.


Wujudnya masyarakat Islam adalah dgn melalui jalan memahami Islam dan pembentukan syahsiyah mrk.

§ Rasulullah beri tumpuan dakwah terhadap jiwa & hati; ajak kpd Iman dan amal, himpun hati2 mrk atas asas kasih sayang & persaudaraan, lalu bertambahlah kekuatan aqidah bersama dgn kekuatan kesatuan dan persaudaraan.

§ manhaj yg mesti dilalui oleh para pendakwah masakini; ajak & jelaskan Ideologi, agar yakini & bekerja utk capai matlamat, bersatu krnnya hingga Ideologi ini  bertambah menonjol & tersebar ke seluruh pelusuknya.

Demikianlah sunnah Allah dan kita tidak akan dapati sebarang perubahan terhadap sunnah Allah ini.


Sesungguhnya jalan mewujudkan masyarakat Islam ialah dgn

§ memperkenalkan Islam dan jamaah, membentuk mrk dgn akhlak, nilai, adab dan tingkahlaku Islam melalui perjumpaan-perjumpaan awam, media massa, buku, risalah, perbincangan, dakwah fardiyah dan sebagainya

§ memberi penumpuan mendidik mrk kearah menguatkan nilai memberi sumbangan & pengorbanan utk Islam.

Posted in Dakwah, Fikrah | No Comments Yet

  • Recent Posts

    • Madrasah Hasan al-Banna Siri 1
    • An-Naksah 42 Tahun Masjid al-Aqsa
    • Kepentingan Unsur Tetap Dalam Islam
    • Bebas Pemuda Dari Hawa Nafsu
    • Faktor Kehancuran Umat
    • Rabbani Dalam Dakwah
    • Hayya alal Jihad
    • Umat Islam & Sirah Rasulullah
    • Rasulullah: Teladan Dan Rahmat
    • Hubungan antara Amal Tarbawi dan Amal Siyasi
    • Membentuk Tarbiyah Al-Muqawamah dan As-Shumud?
    • Apakah Kita Para Aktivis?
    • Fatwa Yusof Al Qardhawi Tentang Boikot
    • Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir Tentang GAZA
    • Gaza : Ust Mahdi Akef
  • Categories

    • Akhlak (13)
    • Al-Banna (1)
    • Aqidah (5)
    • Dakwah (30)
    • Fikrah (32)
    • Fiqh (2)
    • Ibadah (5)
    • Tazkirah (3)
    • Tokoh (2)
    • Uncategorized (1)
  • Archives

    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
  • Top Clicks

    • None
  •  

    August 2008
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.com

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.