1.0 Islam adalah satu sistem yang syamil
· Syumul dlm setiap aspek kehidupan
- sesuai utk semua bangsa, masa & tempat
- bukan terbatas pd ibadat zahir, akhlak mulia atau santapan rohani semata.
- bukan sejenis aqidah warisan, amalan tradisi semata
· Al-Quran diturunkan bagi menerangkan setiap sesuatu (an-Nahl: 89)
· Cth: Aqidah&ibadah (Baqarah:183), hukum(al-maidah:49), harta (baqarah: 180), perang (Baqarah:216), muamalah (Baqarah: 216), politik (an-Nisa’:65)
· Allah murka mrk yg ambil sebahagian hukum & tinggalkan lain (Baqarah: 85)
· Kita ialah dakwah salafiah, tarikat sunnah, hakikat sufiah, institusi politik, kumpulan riadhah, ikatan ilmiah, syarikat ekonomi & fikrah social.
2.0 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan muslim
· Difahami ikut kaedah2 bahasa arab tanpa berat2kan dan tidak membabibuta
· Sunnah difahami melalui periwayat2 hadis yg thiqah
· Satukan hati umat atas dalil alQuran & Sunah yg disepakati (manakala dalil uruf, istihan, masoleh mursalah adalah khilaf ulama)
· Sebagai ketegasan dakwah salafi dan manhaj salafus soleh
· Dengan berjalan atas jalan al-Quran & sunnah terhindar dr kesesatan
· Tutup pintu golongan seleweng/sesat & larang memberat2kan bagi pelihara kesatuan umat
· Berjalan tanpa ilmu dan petunjuk adalah kezaliman
3.0 Iman benar, ibadah sah & muhajadah adalah cahaya dan kemanisan yg dicampak Allah ke hati sesiapa yang dikehendakiNya
· Cahaya membezakan hak & batil
· Rasai kemanisan iman. Hadith: kasih Allah & Rasul lebih dr lain, kasih seseorang krn Allah dan benci kufur seperti benci dicampak dlm neraka.
· Menjaga sumber2 syarak spy kekal bersih & tidak cuai dan keterlaluan
· Tidak tolak ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi
- tidak anggapnya sumber dalil hokum & tidak tolaknya secara keseluruhan
- diterima sebagai penguat selagi tak canggah agama & nasnya
· Perkara perlu dibuat
- tutup pintu2 masuk dajal2 yg menipu orang2 jahil yg mainkan pemikiran
- selamatkan orang2 tertipu oleh ahli khurafat
- kawal diri dlm buat sesuatu perkara dgn dedahkan hakikat sebenar tanpa rendahkan orang lain
4.0 Tangkal, azimat & dakwaan ketahui perkara ghaib tergolong dalam perkara mungkar yg wajib diperangi melainkan dari ayat al-Quran atau Sunnah
· Bersihkan aqidah & bebaskan pemikiran/hati dr waham, dzan & khurafat
· Yg beri mudharat dan manfaat hanya Allah semata
· Terpesong aqidah jika iktiqad kepada sesuatu selain Allah dpt beri kesan
5.0 Pendapat imam dlm perkara tiada nas, boleh diterima jika tidak bertentangan kaedah syarak
· Asal pada ibadah ialah taabud (membesarkan Allah) tanpa melihat makna2
· Asal pada adat ialah melihat pd rahsia, hikmat dan tujuan
· Sifat utama imam: mpy ilmu syarak mendalam, ikhlas & tak ikut hawa nafsu
· Syarat beramal dgn pandangan imam - tak bertentang dgn kaedah syarak
· ruanglingkup ijtihad: (1)perkara tiada nas (2)perkara yg boleh terima andaian (3)masoleh mursalah
· perkara tiada nas bermaksud masalah2 ijtihad yg mpy dalil tidak qat’I dan boleh diandai makna lain, maka imam boleh pilih yg lebih baik utk zamannya
· syarat beramal dgn masoleh mursalah: (1)hakikat dan bukan sangkaan (2)untuk umum dan bukan peribadi (3)tak bertentangan dgn hokum thabit
6.0 Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya melainkan Rasulullah
· Hanya Rasul terpelihara dosa (maksum) dan wajib ditaati
· Apa yg datang dari para salaf yg bertepatan al-Quran & Sunnah diterima dgn sebulat hati, dan jika bertentangan, maka kedua2nya lebih utama diikuti.
· Dilarang kecam atau dedah keburukan peribadi dlm masalah diperselisihkan
· Beza pendpt masalah ijtihad tak harus jadi punca hina, tidak taat & keraguan
· Wajib dlm perselisihan ini dinyata pendapat rajih & benar dgn penuh berlembut dan beradab tanpa celaan
7.0 Setiap muslim yg tak sampai peringkat meneliti (nazar) dalil2 hukum furuk blh taqliq
· Takliq harus bagi orang yg lemah, ijtihad harus bagi yg mampu
· Pendapat ijma’ ialah ijtihad dan taqlid adalah harus
· Jalan paling sederhana krn manusia berbeza segi ilmu, faham & mampu
· Nasihat al-Banna galakkan
- ijtihad sekadar mampu bg ketahui dalili, spy sejuk dada, tenang dan jelas
- muqaliq terima orang tinggi ilmu, krn dalil lebih kuat sepatut diikuti
- pemberi pendpt tak cela mrk yg diberi nasihat, spy jernih hati tak jd keruh
- cukupkan ilmu hingga sampai peringkat mampu teliti dalil hukum
8.0 Perselisihan fiqh dlm perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab perpecahan dalam agama dan permusuhan
· Perselisihan fiqh pasti berlaku & setiap orang ambil pendapat utk taati Allah dan RasulNya
· Jinakkan hati lebih besar dari apa yg dapat dari perselisihan fiqh
· Ambil contoh generasi awal yg berselisih tanpa berpecah
· Setiap orang berijtihad ada pahalanya
· Pbincangan hendaklah dibawah naungan kasihsayang
· Uslub ini sampai kpd kebenaran tanpa berlaku kerugian
· Taksub pendpt sendiri – penyakit bhaya krn keraskn hati, naik kmarahn, jauh kbenarn & jln ikut hawa nafsu
9.0 Setiap masalah yg tidak berdiri amal atasnya, maka melibatkan diri dlm perkara tak ada dalil adalah bebankan diri dgn perkara ditegah syarak
· Pelihara mukmin dari sia2 waktu, tenaga terbengkalai & hati2 cerai berai
· Menjadikan amalan lebih positif & membina, bukan teori perdebatan
· Tidak terjun dalam perkara yg tak buahkan amal
· Contoh: ayat2 ilmiah, lebihkan sahabat tertentu, perkara ghaib
10.0 Mengenal Allah, mentauhid dan mensucikanNya adalah setinggi akidah Islam
· Ayat2 sifat dan hadith2 yg sahih dan seumpamanya,
- beriman denganya tanpa takwil dan taktil
- jauhi khilaf antara ulama dalam masalah ini
· kewajipan muslim terhadap akidah ini
- makrifah dgn yakin, bukan lintasan hati
- tauhid yg benar tanpa ragu2
- iktikad kesempurnaan Allah dr sebarang kekurangan
· tanpa takwil ialah tanpa palingkan maknanya yg rajih & pegang ikut makna yg layak dgn kebesaran Allah. Taktil bermakna nafikan maksud lafaz yg sifatkan Allah secara mutlak seperti tidak cakap/dengar/melihat
11.0 Setiap bid’ah yg tak mpy asas & menurut hawa nafsu adalah kesesatan yg wajib diperangi dgn cara paling baik hingga tak bawa kpd perkara lebih buruk dari bid’ah itu sendiri
· Bida’ah ialah reka sesuatu tanpa contoh lalu (bahasa),
· Segi syarak ialah satu jln direka (1)dalam agama dan (2)tiada dalil syarak, bertujuan untuk melampau dalam taabud kepada Allah swt
· Tapi dllm urusan dunia dituntut cipta baru (eg.dibidang industri, pertanian, perubatan)
· Kewajipan terhadap bida’ah
- engkari, perangi dan hapuskannya
- ambil sebaik2 jalan yg tidak bawa kpd keburukan yg lebih buruk darinya
12.0 Bid’ah dgn cara menambah, meninggal dan beriltizam dgn sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiah
· Ketahui jenis2 bid’ah elakkan kekeliruan yg bawa mudharat, balah & ppecahn
· Jenis-jenis bid’ah
- bid’ah hakikiah – tak ada dalil syarak dari al-Quran, Sunnah, Ijmak
- bid’ah idhafiah (tambahan) – mpy dalil syarak pd asal, kemudian datang kpdnya sifat atau keadaan yg keluarkannya dari apa yg telah ditetapkan syarak
· Darjat bid’ah mpy hokum berbeza2, yakni ada yg kufur, maksiat dan disepakati bukan kufur, makruh, dosa besar dan ada yg dosa kecil.
· Nasihat & pendrian al-Banna berhubung jenis bid’ah
- termasuk ijtihad yg rajih & marjun yg patut dinasihat tanpa kekerasan
- perlu dibincang dlm suasana ukhuwah & mahabbah kerana tiada kata putus
- cenderungkan kpd perkara yg thabit, jelas dan bersih dan jauhi khilaf
13.0 Mencintai orang soleh, hormatinya dan beri pujian terhadap amalan2 baik yg mereka lakukan adalah jalan mendekatkan diri kpd Allah
14.0 Ziarah kubur adalah sunat tetapi amalan khurafat dan bida’ah dikubur adalah dosa besar yg wajib diperangi
15.0 Berdoa secara bertawasul kpd Allah melalui perantaraan maklukNya adalah perselisihan furuk di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa dan bukan masalah aqidah
16.0 Uruf yg salah tidak mengubah hakikat lafaz2 syariat dan wajib dipastikan batasan pengertiannya.
· Penentuan hokum bukanya uruf atau adat istiadat manusia
· Hendaklah kenali maksud dr lafza2 & istilah2 syarak dr sudut hakikat
· Waspada org2 sesat yg bawa perkara palsu, walaupun zahir baik tapi hakikatnya batil
· Uruf yg betul tak bercanggah dgn nas syarak, tak hilangkan maslahat muktabarah (dinyatakan nas) & tak bawa kpd mafsadah rajihan (mudharat lebih dr kebaikan)
17.0 Aqidah adalah asas setiap amalan dan mencari kesempurnaan amalan hati dan amalan perbuatan adalah dituntut syarak.
18.0 Islam membebaskan akal, galak perhati alam semesta, angkat ilmu & ulama, dan mengalukan sesuatu yg baik & manfaat
· Membebaskan akal
- bebas akal dari ikatan prejudis, khurafat & kependitaan
- bebas akal dari penjara taqlid & hawa nafsu
· Menggalakkan agar memerhati alam semesta
- tujuannya utk kenali kebesaran kudrat Allah & hikmat
- agar tambah iman & capai tahap ubudiyah yg sebenar
- laksana kewajipan khalifah atas bumi dgn bangun/manfaatkan sumber & makhlukNya
- dilaksana dgn pemerhatian, kajian, analisa & istinbat
· Mengangkat martabat ilmu & ulama
- Islam muliakan ilmu/ulama & angkat kedudukannya
- Ilmu manfaat jadi sumber kekuatan,& kebaikan umat & manusia
· Al-hikmah adalah barang yg hilang dari mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yg paling berhak terhadapnya
19.0 Hakikat ilmiah yg sahih tidak bertentangan dengan kaedah syarak yg thabit dan perkara dzanni, dari kedua2nya ditakwilkan agar bersesuaian dgn qat’e
· Akal fikiran mpy ruang lingkup utk perbahasan 7 pemerhatian
· Hakikat2 syarak tak bertembung bersama hakikat2 ilmu sains
· Perkara2 ghaib tak dihukum & diasas oleh akal, akal hanya fahami & tafsirkannya saja
· Akal juga ada ruang lingkup tertentu yg tak ada campurtangan hokum syarak (eg.kaedah & rekaan baru dari ilmu kimia, fizik & biologi)
· Masalah yg dibicara dlm Al-Quran/Sunnah dibuktikan oleh akal melalui kajian saintifik
· Sikap terhadap isu2 ilmiah menurut al-Banna
- tak apa hubungkan hakikat2 sains dgn hakikat2 syarak yg jelas utk tambah iman
- boleh takwil isu2 sains yg zanni utk sesuaikan dgn hakikat2 syarak qat’e (sebaliknya)
- jika kedua2 zanni, maka ikut nas syarak, hingga isu sains berada tetap dl keadaan thabit atau gugur dgn sendiri
20.0 Tidak kafirkan muslim yg ucap 2kalimah syahadah & laksana tuntutannya, dgn maksiat dilakukan
· Berdepan perkara ini dgn membawa pendapat sederhana (pertengahan), tidak melampau dan tidak juga cuai
· Islam amat berhati2 dlm masalah takfir krn mana2 org yg mengkafir orang lain, maka kekafiran tetap akan terkena kpd salah seorang dari keduanya
· Seorang tak kafir dgn laku maksiat selama tak lakukan syirik akhbar ((an-Nisa’:47)
· Seseorang menjadi kafir apabila:
- Ikrar dengan kalimah kufur seperti ikrar kufur kpd Allah, tolak risalah Rasulullah saw
- engkari sesuatu diketahui dari agama dgn dharurah seperti solat & zakat
- dustakan kenyataan al-Quran seperti engkari kewujudan nabi Ibrahim, Ismail dll, engkar kewujudan makhluk jin & syaitan
- tafsirkan al-Quran secara palsu dalam setiap keadaan
- lakukan perkara yg tidak boleh ditakwilkan melainkan dengan kekufuran